Maklumat Sekolah
SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan.
Alamat SMK Tebedu,
Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu,
KM2.4, Jalan Pengkalan Amo,
94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014
Saturday, April 27, 2013
Kerajaan Sentiasa Galak Pendidikan Teknikal: Wong
Posted on 8:05 PM by Willie a.k.a Reptoz
SIBU: Kerajaan Negeri sentiasa memberi penekanan dan galakan tinggi kepada pembangunan pendidikan teknikal sebagai usaha memastikan hasrat mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi dengan jayanya.
Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh berkata pelaksanaan agenda tersebut adalah atas kesedaran bahawa hanya melalui pendidikan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berkualiti.
“Sehingga kini, kira-kira 52 peratus daripada setengah juta peluang pekerjaan diwujudkan oleh Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE). Sebahagian besar daripada peluang pekerjaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam teknikal.
“Kenyataan ini sudah cukup untuk membuka minda dan hati kita akan keperluan semasa dan kerelevanan pendidikan bidang teknikal dan kejuruteraan,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak Bahagian Sibu Tahun 2013 di Dewan SMK Sacred Heart, di sini semalam.
Menurutnya, landskap dan pola pendidikan negara kini kian berubah dan kecenderungannya lebih kepada pendidikan teknikal dan kejuruteraan adalah tinggi walaupun hakikatnya sumbangan dan peranan pengajian dalam bidang-bidang lain penting.
“Lantaran itu, bagi golongan pelajar dan generasi muda yang kurang menonjol dalam bidang akademik, pembangunan SCORE memerlukan ramai jurutera dan pembantu teknikal.
“Ini adalah kerana Sarawak berhasrat menjadi negeri maju dan memerlukan pembangunan aktif dalam bidang industri yang memerlukan golongan pekerja berkemahiran tinggi memacu kemajuan negeri,” ujarnya.
Wong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti berkata, Program Hadiah Cemerlang Yayasan Sarawak adalah antara usaha kerajaan untuk memberikan galakan dan motivasi kepada para pelajar supaya berusaha gigih dan belajar untuk menguasai sebarapa banyak ilmu dan kemahiran.
“Hal ini penting, kerana kita di Sarawak khususnya amat memerlukan sumber manusia yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan ke arah menjadikan negeri ini sebagai negeri industri dengan sepantas yang mampu.
“Cita-cita tinggi ini adalah selaras dengan terlaksananya SCORE yang menuntut kepada perlunya kita mempunyai tenaga mahir dan separuh mahir dalam pelbagai peringkat dan bidang.
“Jadi, ingatlah bahawa anak-anak kita yang cemerlang ini akan menjadi pemacu kepada semua ini pada masa akan datang,” katanya.
Seramai 1,043 orang pelajar dari 88 buah sekolah rendah dan menengah Bahagian Sibu yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 telah menerima hadiah masing-masing. - Utusan Borneo
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/04/27/kerajaan-sentiasa-galak-pendidikan-teknikal-wong/#ixzz2RfIC5W1W
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Kerajaan Sentiasa Galak Pendidikan Teknikal: Wong"
Leave A Reply
Sila komen dengan berhemah. Thank you.