Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014
Showing posts with label Co-Curriculum. Show all posts
Showing posts with label Co-Curriculum. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Sukan Tahunan 2014 berbeza.

Hari Sukan SMK Tebedu kali ke-4 yang diadakan pada bulan Julai 2014 merupakan acara yang menguji ketahan mental dan fizikal pelajar. Kalau pada tahun 2013, saudari Erni ak Lilia dan saudara Varon Haripen telah dinobatkan sebagai olahragawati dan olahragawan, pada tahun 2014 pula, Lee Ngan Siong telah merampas gelaran tersebut.
Dari kiri: En. Faidzul Ahmad, Lee Ngan Siong, En. Henry Silang dan Erni Ak Lilia

Rumah Biru pula telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan atas kejayaan mereka merangkul banyak piala emas. Pada tahun 2014, rumah biru diketuai oleh Pn. Odilia George.
Rumah Biru.

Bagi pertandingan lintas hormat, pasukan kadet polis telah menjadi johan, manakala persatuan pengakap di tempat kedua dan BBSM di tempat ketiga.


Acara yang baru dipertandingkan pada tahun ini ialah acara 100 meter berpagar. Ia merupakan satu acara yang berbeza dari tahun sebelumnya dan ia dianggap sebagai acara "Trial" bagi mengenalpasti bakat yang terpendam di kalangan atlit terutama bagi acara ini.

Erni Ak Lilia yang melompat dengan penuh ketenangan.

Diharapkan bagi Sukan Tahunan yang akan datang, lebih ramai atlit akan muncul mewakili sekolah kita.



Tuesday, July 30, 2013

Berjalan Kaki 10,000 Langkah

Program Berjalan 10000 langkah merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pelajar bersukan, seiring dengan matlamat rancangan 1murid 1sukan.

Di dalam program ini, pelajar akan berjalan mengelilingi kawasan sekolah beramai-ramai sehingga ke garisan penamat yang ditentukan oleh pihak sekolah. Selain itu, upacara simbolik, upacara menandatangani sijil 10000 langkah serta menarik banner dilakukan oleh pengetua sekolah serta disaksikan oleh ratusan pelajar SMK Tebedu.
Sebelum acara berjalan dijalankan, pelajar dan guru melakukan senamrobik ringkas bagi mencergaskan badan. minda dan jiwa. Senamrobik ini diketuai oleh Cikgu Cyril Hubert.


Tuesday, April 16, 2013

Ragbi SMK Tebedu Juara Piala Don Drury

Tahniah diucapkan kepada pasukan Rugby SMK Tebedu yang baru-baru ini telah memenangi Piala Don Drury dengan mengalahkan 5 pasukan yang lain, iaitu SMK Asajaya, SMK Asajaya 2, SMK Muara Tuang Falcons, SMK Muara Tuang Dragons dan St Joseph.
Piala Don Drury telah disampaikan oleh Balu Don Drury yang mana suaminya telah meninggal dunia pada tahun 1980. Kejayaan SMK Tebedu telah membuktikan bahawa suatu hari nanti, mereka akan setaraf dengan pasukan dari SHAOW dan Kolej Abdillah. 

Tahniah sekali lagi.

Monday, November 19, 2012

Galak anak terlibat sukan, rekreasi: Yong


KUCHING:Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata ramai ibu bapa hari ini hanya memberi penekanan terhadap prestasi akademik dan mengabaikan kepentingan penglibatan anak dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Katanya aktiviti sukan baik untuk kesihatan mental dan fizikal, justeru ibu bapa dan guru harus menggalakkan kanak-kanak atau pelajar mengambil bahagian dalam sukan, permainan dan aktiviti kokurikulum.

“Menjadi aktif secara fizikal adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat. Kanak-kanak yang tidak aktif secara fizikal adalah lebih cenderung untuk mengalami obesiti, yang meletakkan mereka pada risiko yang lebih tinggi untuk mandapat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular pada peringkat awal dewasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Tengah Hari dan Pelancaran Bangunan Baru Prasekolah serta Gelanggang Bola Keranjang Datuk Yong Khoon Seng di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Rantau Panjang semalam.

Beliau memberi penekanan penglibatan dalam permainan dan sukan membenarkan kanak-kanak menguji kebolehan fizikal, bersosial bersama teman sebaya, membangunkan penyelesaian masalah dan kemahiran kerja berpasukan serta memupuk kualiti kepimpinan.

“Ini semua merupakan peluang berharga untuk membentuk keperibadian kanak-kanak, membantu mereka untuk menjadi individu yang yakin dan berwibawa.

“Oleh itu, saya berharap guru dan pelajar sekolah akan menggunakan gelanggang bola keranjang baharu ini sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, pada majlis yang sama beliau menjelaskan bahawa pendidikan adalah asas kepada pembangunan dan pertumbuhan seseorang dan pendidikan berkualiti adalah penting untuk meningkatkan taraf hidup.
Yong menyatakan harapannya agar pihak pengurusan sekolah, guru dan ibu bapa akan terus bekerja bersama-sama dalam membawa pembangunan dan kemajuan yang lebih baik ke sekolah khasnya dan untuk kesejahteraan pendidikan jenis Cina amnya.

Beliau  turut memberi geran MRP berjumlah RM20,000 kepada pihak pengurusan sekolah.
Seramai 1,000 masyarakat setempat menghadiri majlis terbabit yang turut dihadiri Kapitan Voon Kim Fah, bekas Menteri Muda Tan Joo Phoi, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang dan Guru Besar SJK Chung Hua Rantau Panjang Lai Nyuk Moi.

Oleh:Henrietta Liza


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/19/galak-anak-terlibat-sukan-rekreasi-yong/#ixzz2CcsY4zJD

Saturday, July 24, 2010

Non-Muslim school clubs can proceed, says Muhyiddin

BUKIT JALIL, July 24 — Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today gave his word that decades-old non-Muslim societies in schools could continue to proceed with their activities and would not face closure.

He firmly reiterated that neither the ministry nor the Education Department had ever issued any directive to schools ordering for the dissolution of non-Muslim religious clubs.

“Let me clarify. There is no directive issued by the ministry.

“There was already an old circular from before so the status now is that existing societies whether Hindu, Buddhist clubs, can continue on. Take my word for it,” he told reporters after launching the Village Entrepreneurs Carnival at the Bukit Jalil stadium here.

Muhyiddin (pic) was referring to a circular by the Selangor education department issued on December 16, 2000, which stipulated that “any school that already has an established Non-Muslim Religious Club to carry on”.

His deputy Datuk Dr Wee Ka Siong had earlier clarified to the media that the circular meant that all societies formed before it was issued could continue with its activities.

Those with the intention to form new clubs however would have to obtain clearance from the department.

Muhyiddin, who is also the deputy prime minister, stressed that ministry had been clear on its stand, adding that he did not want the matter to be rekindled into a new issue.

“I have already checked with the director-general (of education).

“Only the incident happened in Selangor because new societies have to apply to register themselves.

“But the existing ones, the ones already established, can carry on. It does not become a problem,” he said.

Muhyiddin was responding to continuing complaints on the illegal closure of long-established non-Muslim religious clubs following a newspaper report earlier this month highlighting such an incident at the Klang High School.

The report claimed that the school’s administration had ordered for the dissolution of its Kelab Agama Hindu, Kelab Agama Buddha and the Christian Union, which had been in existence since 1969.

When the issue came to light, the school authorities insisted that the decision had been made by the state education department.

When responding to the matter in Parliament recently, Wee told reporters that the department had never issued such a directive and said that the two societies could proceed with their activities.

Despite this assurance, students, parents, teachers and religious representatives have continued to complain of similar incidences, claiming that the Klang case was not an isolated one.

A parent told The Malaysian Insider yesterday that the school authorities of SMK SS17 in Subang Jaya, Selangor, had ordered the Buddhist Society and Christian Fellowship to stop holding meetings and carrying out religious activities in January last year.

At a press conference in MCA yesterday, several Buddhist and Christian religious representatives, including the Young Buddhists’ Association of Malaysia (YBAM), Buddhist Association of Subang Jaya and the Christian Federation of Malaysia (CFM), called on the Najib administration not to neglect the spiritual well-being of the non-Muslim community.

Malaysia’s reputation for religious harmony took a beating earlier this year, following attacks on several houses of worship after a court ruling allowed the Catholic Church to publish the word “Allah” outside the Muslim context.

Source: Clara Chooi, Malaysian Insider

Tuesday, April 27, 2010

School Curriculum 2010



Oh yes! Our school extra co-curriculum is starting. For some teachers, this may be an extra work. But for me? I love it...especially when I am appointed as the scout advisor. I was a scout member since primary school until form 6. I obtained many scout badges through many participations and tests. When I joined the school, I did not tell anybody about my background. I just kept quiet. However, it must be my luck that the school chose me to be the scout advisor.

The first scout meeting today went well. But the bad part was, the students did not know how to march. Hahaha.. I guess I have a lot of work to do. Hope fully this year, we will be one of the best scout team in Simunjan Division. Uh! Can't wait for another meeting.