Maklumat Sekolah
SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan.
Alamat SMK Tebedu,
Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu,
KM2.4, Jalan Pengkalan Amo,
94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014
Tuesday, January 29, 2013
Akibat Selalu Menyumpah Cikgu
Posted on 6:30 PM by Willie a.k.a Reptoz
Pada 28 Januari 2013, ketika baru pulang dari kerja aku
ternampak dua orang pegawai JPJ sedang mengawal keadaan trafik di hadapan
selekoh masuk ke sebuah sekolah di batu 12, Kuching. Ketika aku hampir dengan
pegawai tersebut, aku terlihat seorang pelajar sedang terbaring, tidak sedarkan
diri di atas jalan raya.
Entah mengapa, tidak sedikit pun aku merasa kasihan melihat
keadaan pelajar itu, mungkin kerana aku telah melihat bahawa dia tidak memakai
helmet, berpakaian sekolah, tetapi tidak berada di sekolah, dan motosikalnya
seolah-olah sudah di ‘modified’. Aku
hanya terus memandu tanpa mempedulikan pelajar itu kerana sudah ramai orang di
situ membantunya.
Mujurlah, ada beberapa guru yang aku kenal dari sekolah itu,
lalu tanpa segan silu, aku bertanya “Apa sebenarnya berlaku kepada pelajar
tersebut?” Lalu mereka menceritakan kepada ku. Pelajar tersebut menaiki
motosikal tanpa topi keledar. Bila di jalan raya, dia ternampak van JPJ. Dengan
perasaan cemas, dia pun membuat U-turn untuk menggelak ditangkap JPJ. Tanpa dia
sedari, ada kereta lain di hadapan yang sedang bergerak. Maka dipendekkan
cerita, pelajar itu terus dilanggar oleh sebuah Kelisa.
Sambung pula cikgu itu “budak tu bermasalah. Di sekolah, dia
selalu sangat menyumpah cikgu”. Nah! Terdetik di hatiku bahawa, itulah
akibatnya bila menyumpah cikgu.
Renung-renungkan….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Akibat Selalu Menyumpah Cikgu"
Leave A Reply
Sila komen dengan berhemah. Thank you.