Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Friday, August 8, 2014

RIMUP: Gawai-Raya 2014

Posted on 9:20 PM by Willie a.k.a Reptoz

Pada hari Jumaat,8 Ogos, sekolah telah mengadakan program RIMUP yang bertemakan Gawai Raya, ia itu sambutan serentak Hari Gawai dan Hari Raya di peringkat sekolah. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah;
a. Majlis makan dan minum
b. persembahan kebudayaan.
c. pertandingan hiasan kelas terbaik
d. lawatan pengetua ke setiap bilik darjah.

[Persembahan tarian kebudayaan]
[Lawatan pengetua ke bilik darjah]
[Madona, Jessica dan Valerie berpakaian tradisional]
[Pelajar 5A serta gurunya cikgu Sam Martin sedang menjamu selera]

Program RIMUP ini dapat membantu mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru dan pelajar serta mengekalkan perpaduan berbilang kaum di Sarawak. Ramai pelajar berasa amat seronok kerana program ini sedikit sebanyak telah menghilangkan stress belajar sebelum menduduki peperiksaan penting. 


No Response to "RIMUP: Gawai-Raya 2014"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.