Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Saturday, August 30, 2014

Program Sarana Ibu bapa tingkatan 5

Posted on 12:11 AM by Willie a.k.a Reptoz

SMK Tebedu sememangnya menitik beratkan pendidikan pelajarnya. Dengan itu, pihak sekolah telah memanggil ibu bapa untuk hadir ke sekolah bagi menjayakan program "Sarana Ibu Bapa" bagi pelajar tingkatan 5.

Program Sarana Ibu Bapa ini bertujuan untuk berbincang dengan ibu bapa pelajar tentang hal pendidikan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa didedahkan kepada maksud markah serta gred pelajar, sasaran markah serta mendengar anak anak mereka membuat angkat sumpah untuk belajar bersungguh-sungguh.


Apa yang membangkan pihak sekolah ialah, setiap kali ada program bersama ibu bapa, sudah pastinya mereka akan hadir ke sekolah untuk menyokong pendidikan anak-anak mereka. 


Namun demikian, ada juga pelajar yang tidak mengendahkan program ini dengan tidak memaklumkan kepada ibu bapa mereka. Adalah diharapkan bahawa sikap sedemikian akan dapat dikikis pada masa yang akan datang. 



No Response to "Program Sarana Ibu bapa tingkatan 5"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.