Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Thursday, October 2, 2014

Pelajar tingkatan 3 maut jatuh dari bumbung sekolah

Posted on 5:02 PM by Willie a.k.a Reptoz


Seorang pelajar tingkatan 3 maut terjatuh dari atap sekolah. Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi pada jam 11 pagi. 

Mangsa tersebut dikatan cuba mengambil semula kotak pensilnya setelah rakannya menyembunyikan kotak pensel tersebut di atas salah satu siling sekolah tersebut. Oleh kerana mangsa berasal dari keluarga yang miskin, mangsa dengan sedaya upayanya mengambil semula kotak pensil tersebut. 

Apa yang menyedihkan ialah, mangsa tersebut mati dengan kotak pensil masih berada di dalam genggamannya. 

Oleh itu, berwaspadalah sekiranya anda ingin membuat sesuatu yang dianggap jenaka. 


No Response to "Pelajar tingkatan 3 maut jatuh dari bumbung sekolah"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.