Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Friday, August 1, 2014

Kem Bersepadu Unit Beruniform 2014 dilaksana dengan jayanya

Posted on 9:45 AM by Willie a.k.a Reptoz

Tidak seperti kebanyakkan sekolah di Sarawak, pelajar SMK Tebedu amat mengalu-alukan aktiviti kem bersepadu unit beruniform kerana bagi mereka, ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan stress setelah kian lama membuat ulangkaji matapelajaran di sekolah.


Pada tahun 2014, semua unit beruniform SMK Tebedu menyertai perkhemahan ini dan jumlah peserta adalah melebihi 100 orang. Kerjasama dari semua pihak telah menjadikan semua program perkhemahan dijalankan dengan baik dan lancar kecuali terdapat sedikit gangguan dari hujan yang menyebabkan pelajar terpaksa tidur di dewan serbaguna.
Tahniah kepada pasukan Pengakap SMK Tebedu kerana telah menjuarai hampir kesemua pertandingan yang telah diadakan.
Dan setinggi tinggi terima kasih kepada persatuan Pengakap Kelana Daerah Serian kerana telah datang membantu menguruskan aktiviti perkhemahan ini. 
(En. Lennon Peter yang menerima plak penghargaan daripada pihak sekolah bagi mewakili Pengakap Kelana)

No Response to "Kem Bersepadu Unit Beruniform 2014 dilaksana dengan jayanya"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.