Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Monday, July 21, 2014

Pelajar 'Pailang' berdepan tindakan undang-undang

Posted on 7:00 PM by Willie a.k.a Reptoz

Kertas siasatan telah diserah kepada pendakwaan IPK Sarawak untuk tindakan lanjut

KOTA SAMARAHAN: Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Asajaya di sini yang menggelar diri mereka sebagai ‘pailang’ (samseng) bakal berdepan tindakan undang-undang.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan berusia 16 tahun akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pelajar perempuan, 15, di sekolah yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern, kertas siasatan telah diserahkan kepada bahagian pendakwaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

“Sebelum ini, seramai 10 pelajar yang terlibat dalam kes itu berdasarkan rakaman video yang dimuat turun daripada media sosial telah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Bagaimanapun, tujuh daripada pelajar berkenaan telah dibebaskan selepas kawat cam dilakukan.
“Kita telah menahan tiga pelajar terbabit untuk disoal siasat, mereka kini dibebas dengan jaminan pihak polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama, Lee memberitahu pihaknya memandang serius jenayah yang membabitkan pelajar di sekolah.
Katanya, kes membabitkan pelajar perempuan dibelasah itu telahpun berlaku sebulan lalu dan hanya disebarkan menerusi media sosial baru-baru ini.

“Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli keluarga pelajar yang dibelasah,” jelasnya.
Beliau memberitahu sepatutnya pihak sekolah mengambil tindakan yang cepat untuk menyelesaikan masalah itu bukannya cuba untuk menyembunyikannya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan individu tidak bertanggungjawab yang memuat naik video dan gambar pelajar- pelajar terbabit kes itu di laman sosial, Lee berkata pihaknya belum lagi menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan.

“Kalau ada laporan kita boleh mengambil tindakan yang sewajarnya,” jelasnya.
Sementara itu, jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan berkata, laporan berhubung kes itu telahpun dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri dua hari yang lalu untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara yang berlaku dan pihak sekolah telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kita amat kesal dengan apa yang berlaku membabitkan pelajar ini dan mereka yang terlibat harus menerima hukuman setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Beliau menambah rasa penyayang di kalangan pelajar sekolah semakin hilang kerana mereka sanggup bertindak di luar batasan.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, seorang pelajar perempuan disepak, dipijak dan diheret atas lantai oleh sekumpulan pelajar perempuan dari sekolah yang sama telah dimuat turun melalui media sosial.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/06/05/pelajar-pailang-berdepan-undang-undang/#ixzz386EsGUkE

No Response to "Pelajar 'Pailang' berdepan tindakan undang-undang"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.