Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Sunday, June 23, 2013

Projek Mencuci Kereta oleh Pelajar Pendidikan Khas

Posted on 6:41 PM by Willie a.k.a Reptoz

Matlamat utama Kelas Pendidikan Khas adalah untuk membantu pelajar Kurang Upaya hidup berdikari di masa akan datang. Silibus pembeljaran mereka tidak sama seperti kelas perdana kerana ia lebih menitikberatkan kerja kerja di rumah serta pengurusan kendiri. Salah satu latihan yang diberikan oleh Cikgu Lucas kepada pelajar-pelajar khas tersebut ialah dengan mengelolakan projek "Mencuci Kereta" setiap hari khamis, mulai jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.



Menurut cikgu Lucas, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM5.00 sahaja dan wang yang dikumpul adalah untuk kegunaan pelajar itu sendiri di mana ia digunakan untuk membiayai barang-barang dapur, sukan atau alat-alat bantu mengajar.

Jadi, datanglah ke kawasan dewan serbaguna untuk mendapat khidmat mencuci kenderaan. Motosikal pun boleh.

No Response to "Projek Mencuci Kereta oleh Pelajar Pendidikan Khas"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.