Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Sunday, June 23, 2013

Lima guru mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Posted on 7:18 PM by Willie a.k.a Reptoz

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau APC diberikan kepada guru-guru yang telah menunjukkan preatasi cemerlang serta usaha yang gigih sepanjang tahun persekolahan. Biasanya setiap seorang akan menerima APC sekali atau dua kali sepanjang perkhidmatannya. Bagi tahun 2012 pula, lima orang dari SMK Tebedu telah dianugerahkan APC dan mereka ialah , cikgu Elsy, Nur Affiza, Mohd Fariez, Siti Khatijah dan Willie Esther. 
(Dari kiri: Cikgu Mohd Fariez, Elsy, Nur Affiza, Siti Khatijah dan Willie)

Tahniah diucapkan kepada mereka berlima dan diharapkan guru-guru lain akan juga mendapat anugerah ini pada tahun 2013. 

No Response to "Lima guru mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.