Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Thursday, July 18, 2013

Perayaan Hari Guru 2013 SMK Tebedu

Posted on 8:18 PM by Willie a.k.a Reptoz

Pemotongan Kek Hari Guru
Hari Guru disambut bagi memperingati serta menghargai jasa guru dalam mendidik anak bangsa. Tema perayaan Hari Guru 2013 ialah "Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda". Perayaan Hari Guru di Smk Tebedu disambut dengan penuh kemeriahan dan dihadiri oleh hampir seribu pelajar. 

Turut hadir semasa perayaan Hari Guru tahun ini ialah Penghulu Robert Jawas. Acara dimulakan seawal 7 pagi dan pelbagai aktiviti telah dijalankan.  
Persembahan Kebudayaan
Guru-guru mendapat hadiah Hari Guru



No Response to "Perayaan Hari Guru 2013 SMK Tebedu"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.