Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Thursday, May 2, 2013

Lawatan PPD Serian ke SMK Tebedu Bagi Tujuan PBS

Posted on 10:07 PM by Willie a.k.a Reptoz

Lawatan dari PPD, En. Patrick pada hari Khamis yang lepas sememangnya dialu-alukan oleh pihak sekolah bagi memperbaiki pelaksanaan PBS di SMK Tebedu. Setelah beberapa jam di sekolah memeriksa fail PBS, akhirnya, beliau telah memberikan komen yang konstruktif kepada guru-guru agar PBS semasa taklimat guru tentang bagaimana PBS dapat dilaksanakan dengan baik dan efektif.

Semua guru telah hadir di sesi taklimat tersebut. Antara perkara yang ditekankan oleh En Patrick ialah bagaimana rekod transit perlu disimpan terutama sekali mengenai tarikh PBS yang mestilah tepat dan yang sebenarnya. Begitu juga, fail-fail hendaklah lengkap dengan eviden. Rata-rata guru menerima baik komen yang diberikan dan sesetengah guru mengambil peluang untuk memohon penjelasan mengenai isu isu PBS yang agak mengelirukan para guru.
Guru yang mengambil serius hal PBS.
Guru-guru yang sentiasa ceria walaupun PBS merupakan sesuatu yg sukar bagi mereka.
Ada juga yang terlalu serius. 

Semoga dengan lawatan PPD kali ini, maka bertambah cemerlanglah PBS di SMK Tebedu.


No Response to "Lawatan PPD Serian ke SMK Tebedu Bagi Tujuan PBS"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.