Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Saturday, April 27, 2013

Kamera Litar Tertutup di SMK Tebedu

Posted on 8:17 PM by Willie a.k.a Reptoz

Pasang CCTV? Ya, tahukah anda bahawa terdapat CCTV di SMK Tebedu? Nama BM nya ialat "kamera litar tertutup". Apakah rasional pemasangannya? Tujuan pemasangan CCTV ini adalah bagi memastikan keselamatan di sekitar sekolah.Maklumlah, kita seringkali mendengar banyak kes-kes curi, buli dan sebagainya di sekolah. Sekurang-kurangnya, dengan pemasangan cctv ini, maka apa-apa kejadian yang tidak diingini akan dapat diatasi dengan segera. Apatah lagi kemasukkan orang luar yang tidak dikenali ke kawasan sekolah.




Siapakah yang melihat TV tersebut? Setakat ini, ada 4 CCTV dan kesemua video melaluinya dapat dilihat di dalam bilik pengetua. Yang menariknya, masih ramai guru tidak menyedari kehadiran CCTV ini. Mungkin, di masa akan datang, kita akan gunakan sistem "Thumb print" pula. Apa-apapun, reaksi guru terhadap CCTV ini adalah "neutral" malah, tidak seorang pun yang tidak berasa selesa dengan kehadiran CCTV ini.


No Response to "Kamera Litar Tertutup di SMK Tebedu"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.