Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Saturday, November 17, 2012

Sekolah dipindah kerana kurang murid

Posted on 2:29 PM by Willie a.k.a Reptoz


SIBU: Setelah wujud lebih 80 tahun di Bintangor, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Kai Ming akhirnya terpaksa dipindahkan ke Bintulu.

Perpindahan sekolah yang terletak di Sungai Meradong, Bintangor ini dilakukan berikutan masalah kekurangan murid, sekali gus dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Thomas Hii, perpindahan itu susulan kerja-kerja pemindahan sebelum ini yang melibatkan SJK Tong Ya di Sungai Tulai, Bintangor ke Selangau pada 1999.
“Pemindahan SJK Kai Ming ini merupakan satu detik bersejarah dan lembaran baharu kepada sekolah, demi kebaikan sekolah ini,” ujarnya ketika berucap pada majlis perpindahan sekolah terbabit, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Guru Besar SJK Kai Ming Lee Kao Kiong dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Tong Chu Ming.

SJK Kai Ming mula beroperasi pada 1932 dan sepanjang 80 tahun kewujudannya, sekolah ini telah mencatat pelbagai keputusan cemerlang.

Ketika waktu kemuncaknya, sekolah ini pernah mempunyai lebih 100 murid. Namun sekolah ini terpaksa dipindah kerana hanya mempunyai enam murid.

Hii berkata, kekurangan murid ini mungkin berlaku akibat perpindahan keluar penduduk ke bandar, sekali gus menyebabkan jumlah murid di sekolah terbabit berkurangan.

Menyentuh mengenai SJK Tong Ya, beliau memberitahu bahawa perpindahan sekolah itu ke Selangau telah menyaksikan jumlah pelajar yang semakin meningkat, selain sekolah berjaya mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

“Kita berharap dengan kerja-kerja pemindahan ini, SJK Kai Ming akan turut mengalami perkara yang sama,” jelas beliau sambil menambah keputusan memindahkan sekolah itu perlu bagi meneruskan kesinambungan kewujudan sekolah.

Di samping itu, Hii juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen Bintulu dan Senator Pau Ching Ung atas bantuan sepanjang kerja-kerja pemindahan sekolah terbabit.

Oleh: Reno Benjamin, Utusan Borneo


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/15/sekolah-dipindah-kerana-kurang-murid/#ixzz2CSWShFIB

No Response to "Sekolah dipindah kerana kurang murid"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.