Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Friday, November 16, 2012

Akan Lebih Ramai Andartu di Tebedu

Posted on 9:10 PM by Willie a.k.a Reptoz


Semasa Hari Kecemerlangan yang berlangsung di SMK Tebedu pada 1 November 2012, Henry Silang, PK1, dalam ucapannya menyatakan bahawa semakin ramai pelajar perempuan cemerlang dalam bidang akademik dan khuatir akan ramai lelaki menjadi suri rumah pada masa akan datang. Perempuan sekarang mahukan lelaki yang bekerja dan sekiranya tiada, maka ramailah perempuan menjadi andartu (Anak dara tua) di Tebedu, tambah beliau.

Hari Kecemerlangan SMK Tebedu kali ke-2 dirasmikan oleh Encik Barnabas Jubang yang mewakili Tuan Haji Abang Mat Ali Bin Abang Masagus. Pelajar yang menerima Anugerah Emas kokurikulum ialah Neftroly Ak Sagut dan Lee Nga Siong manakala pelajar cemerlang akademik ialah Noor Aerfarzian bt Mohd Dzulkarnainy, Aprina Steffy Ak Gathermore, Stacey Devina Ak Sun dan Meriny Joreen ak Matias.

No Response to "Akan Lebih Ramai Andartu di Tebedu"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.