Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Monday, November 19, 2012

Galak anak terlibat sukan, rekreasi: Yong

Posted on 8:58 AM by Willie a.k.a Reptoz


KUCHING:Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata ramai ibu bapa hari ini hanya memberi penekanan terhadap prestasi akademik dan mengabaikan kepentingan penglibatan anak dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Katanya aktiviti sukan baik untuk kesihatan mental dan fizikal, justeru ibu bapa dan guru harus menggalakkan kanak-kanak atau pelajar mengambil bahagian dalam sukan, permainan dan aktiviti kokurikulum.

“Menjadi aktif secara fizikal adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat. Kanak-kanak yang tidak aktif secara fizikal adalah lebih cenderung untuk mengalami obesiti, yang meletakkan mereka pada risiko yang lebih tinggi untuk mandapat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular pada peringkat awal dewasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Tengah Hari dan Pelancaran Bangunan Baru Prasekolah serta Gelanggang Bola Keranjang Datuk Yong Khoon Seng di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Rantau Panjang semalam.

Beliau memberi penekanan penglibatan dalam permainan dan sukan membenarkan kanak-kanak menguji kebolehan fizikal, bersosial bersama teman sebaya, membangunkan penyelesaian masalah dan kemahiran kerja berpasukan serta memupuk kualiti kepimpinan.

“Ini semua merupakan peluang berharga untuk membentuk keperibadian kanak-kanak, membantu mereka untuk menjadi individu yang yakin dan berwibawa.

“Oleh itu, saya berharap guru dan pelajar sekolah akan menggunakan gelanggang bola keranjang baharu ini sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, pada majlis yang sama beliau menjelaskan bahawa pendidikan adalah asas kepada pembangunan dan pertumbuhan seseorang dan pendidikan berkualiti adalah penting untuk meningkatkan taraf hidup.
Yong menyatakan harapannya agar pihak pengurusan sekolah, guru dan ibu bapa akan terus bekerja bersama-sama dalam membawa pembangunan dan kemajuan yang lebih baik ke sekolah khasnya dan untuk kesejahteraan pendidikan jenis Cina amnya.

Beliau  turut memberi geran MRP berjumlah RM20,000 kepada pihak pengurusan sekolah.
Seramai 1,000 masyarakat setempat menghadiri majlis terbabit yang turut dihadiri Kapitan Voon Kim Fah, bekas Menteri Muda Tan Joo Phoi, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang dan Guru Besar SJK Chung Hua Rantau Panjang Lai Nyuk Moi.

Oleh:Henrietta Liza


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/19/galak-anak-terlibat-sukan-rekreasi-yong/#ixzz2CcsY4zJD

No Response to "Galak anak terlibat sukan, rekreasi: Yong"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.