Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Tuesday, November 20, 2012

Belajar melalui Internet bantu kejayaan pelajar cemerlang UPSR

Posted on 10:10 AM by Willie a.k.a Reptoz


SHAH ALAM: Belajar melalui Internet termasuk menerusi media sosial seperti Facebook turut membantu kejayaan Nur Afiqah Syahirah Mohd Adnan yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumum semalam.

Anak bongsu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah itu berkata melalui media sosial tersebut dia mendapat kawan dan bertukar kertas soalan peperiksaan sekolah masing-masing.

“Saya juga melayari laman web seperti e-book untuk mendapatkan tips dan meningkatkan pengetahuan dalam mata pelajaran yang diambil selain berbincang dengan rakan-rakan di alam maya,” kata murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 itu di sini semalam.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata tiada rahsia khusus untuk mencapai kejayaan selain daripada berusaha tanpa jemu dan mendapat restu serta doa daripada kedua ibu bapa dan guru.

Yang paling utama ialah sering mengadakan ulang kaji dan rajin membuat latihan serta berjumpa dengan guru-guru sekiranya tidak faham dengan mata pelajaran yang diambil, katanya.

“Saya gunakan masa yang ada sebaiknya untuk belajar dan syukur doa saya dimakbulkan dengan kejayaan hari ini (semalam),” katanya yang gembira kerana berjaya meneruskan tradisi adik beradiknya mendapat keputusan semua A dalam UPSR.

Turut berkongsi kejayaan ialah anak bekas penjaga gol kebangsaan Azlisham Ibrahim, Adam Muqrish.
Kedua-dua mereka merupakan antara 84 calon dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata 8,581 daripda 90,494 calon UPSR negeri itu berjaya memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Beliau berkata seramai 54,092 calon pula lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan gred minimum C.
Katanya Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 pula muncul sekolah yang mendapat peratusan tertinggi bagi calon yang mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil. — Bernama


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/20/belajar-melalui-internet-bantu-kejayaan-pelajar-cemerlang-upsr/#ixzz2Cj0fAfHN

No Response to "Belajar melalui Internet bantu kejayaan pelajar cemerlang UPSR "

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.