Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Thursday, November 22, 2012

Makan Malam Bersama Pelajar Asrama

Posted on 6:53 PM by Willie a.k.a Reptoz

Mudah, Selesa dan Menghiburkan. Begitulah suasana Majlis Makan Malam bersama pelajar asrama tingkatan 5 yang diadakan pada malam 21 November 2012. Majlis ini yang telah dianjurkan oleh para warden adalah amat berjaya dengan kehadiran semua penolong kanan, guru-guru, pekerja swasta dan pelajar asrama tingkatan 5.

Sedih juga hendak berpisah dengan pelajar tingkatan 5 sebab, apakan daya, SMK Tebedu tidak mempunyai tingkatan 6 apatah lagi dengar cerita bahawa mungkin tidak akan ada tingkatan 6 di sekolah ini memandangkan kedudukannya yang jauh dari bandar dan dekat dengan sempadan Indonesia.

Tetapi yang menariknya, pada malam tersebut semua makanan adalah sangat sedap. Terkejut melihat ikan tilapia yang besar digoreng ranggup. Seorang staf dapat seekor ikan. Juga yang bestnya, kami dihiburkan oleh penyanyi yang berbakat iatu ckgu Faidzul dan cikgu Muhaiddin. Pelajar-pelajar juga berpeluang berkaraoke tetapi masih juga ada pelajar yang tidak berani berinteraksi dengan cikgu. Malu agaknya.

Kita berharap pelajar tingkatan 5 tahun ini akan berjaya dalam SPM. Doa cikgu sentiasa bersama mereka. Sekian, sehingga berjumpa lagi.

No Response to "Makan Malam Bersama Pelajar Asrama "

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.