Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Tuesday, November 20, 2012

Murid autisme juga boleh berjaya

Posted on 9:47 AM by Willie a.k.a Reptoz


PEKAN: Siapa sangka seorang murid yang menghidap sindrom autisme mampu melakar kejayaan dengan memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.
Murid istimewa itu, Muhammad Fikri Sabri, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Biram, dekat sini menjadikan kata-kata semangat ibu bapanya sebagai azimat untuknya mengejar kejayaan.

“Mak saya kata, kalau pergi sekolah, ada telinga dengar, ada mata pandang ada mulut diam. Ini rahsia besar tau. Tumpu perhatian masa guru tengah mengajar.

Itu perkara biasa bagi murid. Lepas tu sentiasa ulang kaji,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.
Bapa Muhammad Fikri, Sabri Abdullah, 50, pula berkata kejayaan anak bongsu daripada empat beradik itu adalah hadiah terbesar dalam hidup mereka sekeluarga.

Katanya, kejayaan yang diraih anaknya semalam membuktikan kanak-kanak autisme juga boleh berjaya walaupun dipandang rendah oleh sesetengah pihak.

“Memang dari dulu saya dah cakap kat dia, kalau minat belajar saya nak dia naikkan nama sekolah ini. Alhamdulillah semua cita-cita dan doa saya Allah kabulkan,” katanya.

Katanya selain tunjuk ajar daripada guru, beliau sendiri turut menerapkan elemen keagamaan dalam diri anaknya itu dengan mengajarnya berzikir sejak kecil lagi.

Seorang lagi murid cemerlang, Nik Fahimah Nik Mohamad dari SK Permatang Badak dekat Kuantan yang kematian ayahnya sejak kecil membuktikan kesusahan hidup yang dialami keluarganya tidak menghalang dia mendapat keputusan 5A.

Dia yang bercita-cita menjadi seorang doktor berkata tanpa usaha, pengorbanan dan dorongan daripada anggota keluarga termasuk ibu tersayang kejayaan yang dikecapi hari ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
“Selain memberi tumpuan di dalam kelas, saya juga tidak pernah ketinggalan mengikuti kelas tambahan di sekolah dan menjelang UPSR saya juga tidak lagi menonton televisyen agar lebih fokus mengulang kaji pelajaran di rumah,” katanya menceritakan resepi kejayaannya.

Dalam pada itu, ibunya Che Som Hasan, 43, yang bekerja sebagai tukang masak nasi Arab bersyukur dengan kejayaan anak bongsunya itu kerana berjaya mengikut jejak langkah tiga lagi adik-beradiknya yang turut mendapat 5A dalam UPSR sebelum ini.

“Alhamdulillah..Allah telah memakbulkan doa saya.. ketika saya menunaikan umrah baru-baru ini saya turut mendoakan agar Nik Fahimah berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan saya harap dengan kejayaan ini cita-citanya mahu menjadi seorang doktor kelak akan jadi kenyataan,” katanya dengan nada gembira. — Bernama


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/20/murid-autisme-juga-boleh-berjaya/#ixzz2CivOB18u

No Response to "Murid autisme juga boleh berjaya"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.