SMK Tebedu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Datuk Richard Riot Ak Jaem, Timbalan Menteri Luar Negeri, selaku ahli Parlimen Serian P.199 kerana sudi menerima jemputan sekolah untuk merasmikan Majlis Anugerah Kurikulum & Permuafakatan Ibu Bapa SMK Tebedu 2013 yang berlangsung pada 23 Februari 2013. Begitu sukar menjemput Datuk sebelum ini, tetapi mujurlah, YB dapat datang ke sekolah pada 2013.
Tidak dinafikan juga, penduduk di sekitar Tebedu, amat gembira apabila YB telah setuju meluluskan sejumlah wang yang besar untuk dana PIBG. Selama ini, sebagai sekolah yang baru, memang sukar mendapatkan wang. Harapan sekolah ialah, sumbangan serta sokongan daripada PIBG.
YB amat berpuas hati dengan kehadiran ibu bapa pada hari tersebut dan terus menyeru sokongan padu daripada ibu bapa kepada sekolah. Kita harap, YB akan dapat datang lagi pada masa masa yang akan datang.
(Paluan gong sebanyak 3 kali menandakan 3 tahun penubuhan SMK Tebedu)
YB amat berpuas hati dengan kehadiran ibu bapa pada hari tersebut dan terus menyeru sokongan padu daripada ibu bapa kepada sekolah. Kita harap, YB akan dapat datang lagi pada masa masa yang akan datang.
(YB bersama peajar cemerlang PMR 2012)