Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Sunday, March 15, 2015

Mesyuarat Agung PIBG 2015

Posted on 10:10 AM by Willie a.k.a Reptoz

[Seorang bapa sedang melihat keputusan peperiksaan anaknya bersama-sama dengan cikgu Muris dan Saliza]

Sambutan mesyuarat pibg 2015 amat baik dengan kehadiran ibu bapa lebih dari 400 orang. Ibu bapa pelajar tingkatan 3 berpeluang untuk bertemu dengan guru tingkatan bagi membincangkan kedudukan akademik anak-anak mereka. 
[Di meja pendaftaran]

Pada tahun 2015, Ahli Jawatankuasa PIBG juga dirombak. Jawatan Yang Dipertua PIBG yang dahulunya disandang oleh Penghulu Robert Jawas, dikosongkan untuk memberi laluan kepada orang lain sebagai YDP. Proses pemilihan dilakukan secara demokrasi atau undian. 


Akhirnya, keputusannya ialah En. Lawrence, seorang guru di kawasan Tebedu diberikan kepercayaan sebagai YDP yang baru.
[En Lawrence, duduk di tengah]

No Response to "Mesyuarat Agung PIBG 2015"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.