Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Wednesday, March 11, 2015

7 Ahli Pengakap Menerima Anugerah Rambu Pengakap Muda

Posted on 6:48 AM by Willie a.k.a Reptoz

Dari kiri: Cikgu Alexander Adrian, Lenny Lona Ak Suwe, Tarissa Lawrence, Billy Frankie, Venisa Claudia, Amanda Zeta, Azli Moni, Illiona Wilma dan Cikgu Willie

Tahniah diucapkan kepada tujuh orang ahli pengakap SMK Tebedu kerana telah dianugerahkan Rambu Pengakap Muda oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara pada 28 Februari 2015 bertempat di Stadium MBKS Kuching. Penganugerahan ini dilakukan sempena hari Karnival Pengakap Sarawak yang Pertama. 

Semasa karnival dijalankan, beberapa pertandingan dijalankan seperti membuat layang-layang, bermain bowling kelapa, kebolehan berpengakap, bermain getah, dan pertandingan malam kebudayaan. 

Pengakap daerah Serian telah dinobatkan sebagai juara Malam Kebudayaan kerana mempersembahkan tarian kebudayaan gabungan antara tarian Bidayuh, Iban dan Kontemporari moden. Gabungan ini melibatkan SK Rituh, SMK Tebedu dan SMK Taee. 

No Response to "7 Ahli Pengakap Menerima Anugerah Rambu Pengakap Muda"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.