Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Thursday, July 3, 2014

Mini Jambori 2014 Kuching

Posted on 9:17 PM by Willie a.k.a Reptoz

Kumpulan Pengakap SMK Tebedu telah terpilih bagi menyertai perkhemahan Pengakap peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan Kuching. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena menyambut Hari Belia 1Malaysia. Sebanyak 5 buah sekolah telah dipilih bagi perkhemahan ini. SMK Tebedu telah menghantar 21 orang untuk menyertainya.


(perhimpunan)

(Abseiling)
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti nyanyian, lawatan, permainan dan masakan rimba. Peserta Perkhemahan amat bertuah kerana telah menerima lawatan Datuk Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Kerja Raya. Beliau amat menyukai perkhemahan ini.
                                      
                              (Datuk Fadillah merasai masakan rimba oleh pemimpin pengakap)

No Response to "Mini Jambori 2014 Kuching"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.