Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Tuesday, December 31, 2013

Cikgu Nelson Kini Seorang Pensyarah

Posted on 6:36 PM by Willie a.k.a Reptoz


Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nelson Martin Noel kerana berjaya berpindah perkhidmatannya ke Universiti Teknologi Mara Kampus Samarahan mulai 2 Januari 2014. Cikgu Nelson telah banyak menyumbang kepada perkembangan sukan Ragbi SMK Tebedu dan sangat dikenali dengan sikap peramahnya.

Beliau yang mempunyai ijazah Pendidikan TESL dan Ijazah Masters, kini sedang dalam proses melengkapkan pengajian PhD nya. Kita berbangga kerana beliau merupakan seorang yang bersikap positif dan ingin maju ke hadapan dari segi akademik. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan beliau terhadap sekolah dan semoga beliau maju jaya di tempat baru. 

Selain dari Cikgu Nelson, ada dua orang cikgu telah berjaya mendapat perpindahan ke sekolah pilihan masing-masing iaitu cikgu Nazirol Chik dan Cikgu Nurul Zahira. 

No Response to "Cikgu Nelson Kini Seorang Pensyarah"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.