Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Monday, December 17, 2012

Taksub kahwin 12.12.12, pelajar Tingkatan Dua dirogol teman lelaki.

Posted on 10:23 AM by Willie a.k.a Reptoz


BETONG: Taksub dengan janji manis seorang lelaki yang berjanji untuk menjadi pasangan hidupnya, seorang pelajar Tingkatan Dua, salah sebuah sekolah menengah di sini telah menjadi mangsa rogol teman lelakinya.
Ketua Polis Daerah (KPD) Betong, DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar mengesahkan menerima laporan tersebut berkata, mangsa yang baharu berusia 14 tahun, telah berkenalan dan menjalinkan hubungan kekasih dengan suspek yang juga merupakan seorang pekerja ladang kelapa sawit pada April lalu.

“Kedua-dua pasangan tersebut adalah berasal dari Debak,” katanya.
Menurut mangsa, suspek juga dikatakan berjanji untuk berkahwin dengannya pada tarikh 12.12.2012 (12.12.12).
Pada tarikh tersebut sekitar jam 10 pagi, mangsa telah mengikut suspek keluar untuk ke Kampung Dit, Debak.
Pada masa itulah mangsa telah dibawa suspek berhenti di kebun dan mengadakan hubungan seks, selepas itu mangsa sekali lagi dibawa oleh suspek ke tepi Sungai Rimbas, Jalan Kampung Tambak, Pusa dan sekali lagi melakukan hubungan seks untuk kali kedua.

Akibat kejadian itu, mangsa yang rasa tertipu dan terpedaya meskipun telah menjalinkan hubungan seks bersama suspek namun mereka tidak juga bernikah seperti yang dijanjikan telah membuat laporan polis.
Mangsa dirujuk ke Hospital Betong untuk pemeriksaan dan pakaian mangsa juga telah dirampas.
Manakala suspek telah ditangkap dan kes disiasat di bawah seksyen 376 kanun keseksaan.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/12/15/taksub-kahwin-12-12-12-pelajar-tingkatan-dua-dirogol-teman-lelaki/#ixzz2FGx1wGPU

2 Response to "Taksub kahwin 12.12.12, pelajar Tingkatan Dua dirogol teman lelaki."

.
gravatar
dayang Citra Says....

bila sudah terlampau bijak...sik terfikir kesan dan akibat perbuatan itu..

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.