Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Monday, December 17, 2012

Guru Berpindah Pada Hujung Tahun 2012

Posted on 9:51 AM by Willie a.k.a Reptoz

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Argatha Diah Henry dan Cikgu Pajos Aliong kerana permohonan untuk berpindah ke sekolah lain telah diluluskan.

Cikgu Agartha akan memulakan tugasnya sebagai guru di SMK Serian, manakala Cikgu Pajos Aliong kembali ke tempat lahirnya iatu Sabah. Kedua-dua guru ini telah banyak menyumbangkan bakti kepada SMK Tebedu sebagai contohnya, Cikgu Pajos Aliong telah menaikkan nama sekolah dalam bidang olahraga dan Cikgu Agartha pula banyak membantu dalam hal peperiksaan dalaman sekolah.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kedua-dua guru tersebut dan semoga berjaya di sekolah baru.

No Response to "Guru Berpindah Pada Hujung Tahun 2012"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.