Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Friday, November 16, 2012

Warga tua merempat rupanya bekas guru besar

Posted on 8:29 PM by Willie a.k.a Reptoz


SIBU: Seorang lelaki warga tua yang ditemui merempat di kaki lima Pasar Sentral tengah malam kelmarin rupa-rupanya seorang bekas guru besar.
Kehadiran pesara kerajaan yang berumur 70 tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang terdengar bunyi orang meraung kesakitan.
Apabila didekati, pengawal keselamatan itu mendapati warga emas tersebut seolah-olah sukar bernafas, manakala badannya menggeletar.
Ditanya asalnya, warga tua itu memberitahu dia orang Samarahanan dan mendakwa dia telah dihalau oleh keluarganya dan tinggal di merata-rata tempat sejak seminggu lalu.
Warga tua itu juga memberitahu, dia pernah menjadi guru besar dan mempunyai seorang isteri berasal dari Matu Daro.
Namun, keadaan warga tua itu semakin tenat sehingga memaksa pengawal keselamatan itu menghubungi nombor kecemasan.
Ambulans dan kakitangan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) tiba di situ tidak lama kemudian dan membawanya ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.
Warga tua itu turut membawa sebuah beg pakaian yang mengandungi dokumen-dokumen penting seperti buku akaun bank.
Dia dikatakan tidak sedarkan diri sehingga sekarang setelah dimasukkan ke wad hospital.

SUMBER : UTUSAN BORNEO

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/16/warga-tua-merempat-rupanya-bekas-guru-besar/#ixzz2CO9ADpvE

3 Response to "Warga tua merempat rupanya bekas guru besar"

.
gravatar
dini Says....

tul la dayang Citra...kn ada pencenkan? withdraw pencen mcm withdraw asb nak? perlu sain sain...

.
gravatar
dayang Citra Says....

sekdalah perlu sain2..mak kamek terima pencen bapa kamek cucuk jak kat ATM mesin..

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.