Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Monday, July 21, 2014

Sukan Tahunan 2014 berbeza.

Posted on 6:56 PM by Willie a.k.a Reptoz

Hari Sukan SMK Tebedu kali ke-4 yang diadakan pada bulan Julai 2014 merupakan acara yang menguji ketahan mental dan fizikal pelajar. Kalau pada tahun 2013, saudari Erni ak Lilia dan saudara Varon Haripen telah dinobatkan sebagai olahragawati dan olahragawan, pada tahun 2014 pula, Lee Ngan Siong telah merampas gelaran tersebut.

Dari kiri: En. Faidzul Ahmad, Lee Ngan Siong, En. Henry Silang dan Erni Ak Lilia

Rumah Biru pula telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan atas kejayaan mereka merangkul banyak piala emas. Pada tahun 2014, rumah biru diketuai oleh Pn. Odilia George.
Rumah Biru.

Bagi pertandingan lintas hormat, pasukan kadet polis telah menjadi johan, manakala persatuan pengakap di tempat kedua dan BBSM di tempat ketiga.


Acara yang baru dipertandingkan pada tahun ini ialah acara 100 meter berpagar. Ia merupakan satu acara yang berbeza dari tahun sebelumnya dan ia dianggap sebagai acara "Trial" bagi mengenalpasti bakat yang terpendam di kalangan atlit terutama bagi acara ini.

Erni Ak Lilia yang melompat dengan penuh ketenangan.

Diharapkan bagi Sukan Tahunan yang akan datang, lebih ramai atlit akan muncul mewakili sekolah kita.



No Response to "Sukan Tahunan 2014 berbeza."

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.