Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Tuesday, April 2, 2013

Kem Bersepadu Unit Beruniform 2013

Posted on 8:43 PM by Willie a.k.a Reptoz

Tahniah diucapkan kepada pasukan PKBM kerana telah berjaya menganjurkan perkhemahan bersepadu pada tahun 2013 dengan jumlah penyertaan sebanyak 109 pelajar.

Perkhemahan yang diadakan mulai 15-17 Mac 2013 ini turut dibantu oleh pasukan Pengakap Kelana A dari bahagian Samarahan. Antara aktiviti yang disediakan ialah halangan komando, masakan rimba, malam kebudayaan, "trust your leader", kembara malam dan sebagainya.

Walaupun agak meletihkan, ramai peserta perkhemahan berpuas hati dengan apa yang telah dipelajari sepanjang kem tersebut. Diharapkan pasukan kadet polis akan dapat melakukan yang lebih baik di masa yang akan datang.

No Response to "Kem Bersepadu Unit Beruniform 2013"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.