Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Saturday, January 12, 2013

SMK Gedong juara keseluruhan

Posted on 10:11 PM by Willie a.k.a Reptoz


Berakhirlah sudah pertandingan merentas desa peringkat bahagian Samarahan pada 12 Januari 2013 di mana, SMK Gedong dinobatkan sebagai juara keseluruhan, manakala, SMK Balai Ringin di tempat kedua dan SMK Tebedu di tempat ketiga. Untuk juara individu lelaki di bawah 15 tahun, Lee Ngan Siong telah menjadi juara rentas desa.

Penyertaan rentas desa tahun ini amat menggalakkan kerana sebanyak 15 buah sekolah dari 19 buah sekolah menyertai pertandingan ini dan walaupun ia merupakan anjuran SMK Tebedu buat kali pertama, sekolah kita telah mendapat pujian di atas pengurusan pertandingan yang efisien. 

Tahniah kepada sekolah yang menang dan yang lainnya pula, jangan putus harapan. Tahun 2014 akan ada lagi pertandingan sebegini. 


2 Response to "SMK Gedong juara keseluruhan"

.
gravatar
Bibie Peri Says....

Tahniah diucapkn kepada peserta smk tebedu... Tahun depan bt yg terbaik

.
gravatar
Bibie Peri Says....

Tahniah diucapkn kepada peserta smk tebedu... Tahun depan bt yg terbaik

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.