Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Tuesday, January 29, 2013

Akibat Selalu Menyumpah Cikgu

Posted on 6:30 PM by Willie a.k.a Reptoz


Pada 28 Januari 2013, ketika baru pulang dari kerja aku ternampak dua orang pegawai JPJ sedang mengawal keadaan trafik di hadapan selekoh masuk ke sebuah sekolah di batu 12, Kuching. Ketika aku hampir dengan pegawai tersebut, aku terlihat seorang pelajar sedang terbaring, tidak sedarkan diri di atas jalan raya.

Entah mengapa, tidak sedikit pun aku merasa kasihan melihat keadaan pelajar itu, mungkin kerana aku telah melihat bahawa dia tidak memakai helmet, berpakaian sekolah, tetapi tidak berada di sekolah, dan motosikalnya seolah-olah sudah di ‘modified’.  Aku hanya terus memandu tanpa mempedulikan pelajar itu kerana sudah ramai orang di situ membantunya.

Mujurlah, ada beberapa guru yang aku kenal dari sekolah itu, lalu tanpa segan silu, aku bertanya “Apa sebenarnya berlaku kepada pelajar tersebut?” Lalu mereka menceritakan kepada ku. Pelajar tersebut menaiki motosikal tanpa topi keledar. Bila di jalan raya, dia ternampak van JPJ. Dengan perasaan cemas, dia pun membuat U-turn untuk menggelak ditangkap JPJ. Tanpa dia sedari, ada kereta lain di hadapan yang sedang bergerak. Maka dipendekkan cerita, pelajar itu terus dilanggar oleh sebuah Kelisa. 

Sambung pula cikgu itu “budak tu bermasalah. Di sekolah, dia selalu sangat menyumpah cikgu”. Nah! Terdetik di hatiku bahawa, itulah akibatnya bila menyumpah cikgu.
Renung-renungkan….

No Response to "Akibat Selalu Menyumpah Cikgu"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.