Maklumat Sekolah

SMK Tebedu terletak di sempadan Kalimantan-Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 2010 dan mula beroperasi pada Januari 2011. Setakat ini, SMK Tebedu hanya menawarkan kelas tingkatan 1 sehingga 5 dan juga kelas pendidikan khas bagi golongan istimewa. Segala komen yang bernas adalah amat dialu-alukan. Alamat SMK Tebedu, Lot 343, Blok 8, Kayan Land District Tebedu, KM2.4, Jalan Pengkalan Amo, 94760 Tebedu. Tel:082-797018 Fax:082-797014

Thursday, November 15, 2012

Remaja Boleh Dipenjarakan

Posted on 8:46 PM by Willie a.k.a Reptoz

[Inspektor Azlan]
Inspektor Azlan dari Ibu Pejabat Polis Serian mengadakan lawatan serta memberi ceramah kepada pelajar SMK Tebedu pada bulan yang lepas. Seramai 50 orang pelajar menghadiri ceramah tersebut yang diadakan di Pusat Sumber. Menurut Inspektor Azlan, ramai remaja tidak tahu bahawa mereka boleh dipenjarakan sekiranya melakukan jenayah walaupun mereka masih berumur 18 tahun ke bawah. Beliau turut  menjelaskan bahawa jenayah boleh terjadi sekiranya tiga elemen ini tercapai iatu "Niat, Upaya serta Peluang".

Ketika lawatan Inspektor Azlan, beliau serta pasukan polis trafik mengadakan pemeriksaan ke atas pelajar serta motosikal yang di bawa ke sekolah. lebih dari 10 orang pelajar telah disaman atas kesalahan tidak mempunyai lesen memandu serta membuat modifikasi haram ke atas motosikal.

No Response to "Remaja Boleh Dipenjarakan"

Leave A Reply

Sila komen dengan berhemah. Thank you.